Cabaran dan Masa Depan

Cabaran

Cabaran utama adalah kewangan. Ahli komuniti terpaksa menggunakan wang sendiri dalam semua proses berbanding dengan komuniti luar negara yang mendapat tajaan dari syarikat-syarikat swasta atau dari kerajaan.

Selain itu, ketiadaan trek yang sesuai bagi menjalankan aktiviti lumba yang formal. Aktiviti yang bersifat nasional dan antarabangsa tidak dapat dijalankan.
Trek sementara


Permasalah yang lain adalah, pesaingan antara kereta radio kawalan jauh dengan alat radio kawalan jauh yang lain seperti helikopter dan perahu. Ia boleh menarik minat atau perhatian orang yang baru hendak berkecimpung dalam alat radio kawalan jauh.

Masa Depan

Masa depan bagi komuniti alat kereta kawalan jauh ini adalah memberangsangkan. Baru-baru ini, mereka pendapat sokongan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dengan membina trek yang lebih sesuai yang bertempat di stadium.

Kewujudan media juga digunakan sepenuhnya bagi komuniti bagi memperkenalkan aktiviti yang diadakan. Beberapa aktiviti dirakam dan disimpan serta disebarkan dalam 'Youtube' dan 'blog'.


No comments:

Post a Comment