Perkembangan dan Jenis-Jenis

Kereta radio kawalan jauh mengalami beberapa perubahan dari pelbagai aspek seperti reka bentuk, kelajuan, berat casis dan sebagainya. Reka bentuk kereta radio kawalan jauh sangat jelas mengalami perubahan dari seperti reka bentuk sebuah kereta kebal kepada pelbagai bentuk dan model yang menyamai  kereta sebenar. Di samping itu jenis kereta radio kawalan jauh juga telah berkembang dari hanya satu jenis kepada empat jenis iaitu ‘Drift’, ‘Touring’ ‘Buggy’, ‘Truggy'. 'Drift' dan 'Buggy'.

Perkembangan yang agak ketara juga dari aspek kelajuan. Kereta radio kawalan jauh dulu hanya mampu  mencapai kelajuan maksima dari 10km/h ke 12km/h. Namun kereta radio kawalan jauh sekarang jauh meningkat kelajuan sehingga 60km/h hingga 100km/h. Ini kerana keringanan badan serta enjin yang digunakan tidak sama. Kereta radio kawalan jauh dulu menggunakan dua motor eletrik dan satu enjin pembakaran. Manakala sekarang menggunakan enjin dari kuasa bateri atau minyak. Perkembangan ini  secara langsung telah mempengaruhi berat kereta radio kawalan jauh yang jauh lebih ringan dari sebelumnya.  Perubahan dari aspek berat ini juga disebabkan bahan binaan casis yang menggunakan material yang lebih ringan. Hal ini jelas apabila berat keseluruhan kereta kawalan yang dicipta dulu seberat 370kg ke 430kg berbanding berat keseluruhan kereta radio kawalan jauh masa ini yang hanya seberat 138g ke 142g sahaja.

Dari segi kemudahan pengawalan kereta radio kawalan jauh juga berubah.  Sebelum ini kereta radio kawalan jauh menggunakan wayar sepanjang 350 meter yang bersambung dengan radio kawalan. Radio kawalan pula dikawal oleh dua orang dan mereka hendaklah sentiasa berada berdekatan dengan kereta kawalan sehingga sampai ke tempatnya sebelum memotong wayar tersebut. Sekarang, radio kawalan berwayar tidak lagi digunakan malahan, hanya satu pengawal radio kawalan diperlukan dan beraksi dari  jarak jauh.

Perubahan dan perkembangan kereta radio kawalan jauh ini telah merubah fungsi utamanya. Pada waktu dahulu, kereta radio kawalan jarak jauh hanya diguna untuk memusnah kereta kebal, menganggu pembentukan infantri dan meroboh bangunan dan jembatan. Namun sekarang, fungsinya sudah berubah, ia dijadikan salah satu aktiviti riadah, hobi dan lain-lain lagi.

Kereta Radio Kawalan Jauh (salah satu ciptaan awal)

Kereta Radio Kawalan Jauh jenis 'Drift'

Kereta Radio Kawalan Jauh jenis 'Touring[

Kereta Radi Kawalan Jauh jenis 'Buggy'

Kereta Radio Kawalan jenis 'Truggy'
 

No comments:

Post a Comment