Komponen Kereta Radio Kawalan Jauh

Komponen-komponen kereta radio kawalan jauh terbahagi kepada tiga; Premier, Sekunder, Tertiari.

  • Komponen Premier
  


Tayar biasanya diperbuat daripada getah dan plastik jenis ABS, PVC, PE dan HDPE. Tayar kereta ‘Drift’ mempunyai permukaan yang rata kerana, trek kereta ‘Drift’ mempunyai jalan yang rata dan bukan berbatu-batu. Proses gelongsor dapat berlaku dan kelajuan dapat ditingkatkan.
Tayar kereta ‘Buggy’ mempunyai lakaran (dune buggy) yang beraneka jenis dan sedikit tebal dan besar kerana kereta ‘buggy’ hanya dimainkan di tanah lapang yang berbukit, berpasir dan berbatu-batu. Tayar yang mempunyai lakaran menyenangkan pergerakan kereta didalam keadaan yang ‘extreme’. Teknologi tayar jelas menyatakan bahawa komuniti alat kereta kawalan jauh dipecahkan kepada beberapa kumpulan; ‘Drift’ dan ‘Buggy’.
  • Komponen Sekunder 

Bateri adalah satu alatan sekunder. Materialnya adalah alloy steel dan zinc. Jenis bateri terbahagi kepada dua; bateri sel keras (NiCd, NiMH) dan bateri sel lembut (lipo, LiIon, LiMn dan lain-lain) . Bateri sel leras berbentuk silinder dan penggerak sekunder yang bersaiz sub-C. Bateri jenis ini sering digunakan bagi kereta ‘buggy’. Bateri sel lembut juga bateri yang popular kerana ketahanannya. Bateri sel lembut pada masa sekarang dibungkus dengan kotak keras bagi menggelakkan kebocoran. Pemakaian bateri hanya tertakluk kepada komuniti ‘newbies’ kerana ia lebih sesuai bagi latihan sebelum meju ke peringkat atas.


    • Komponen Tertiari

      Pelekat adalah alatan tertiari. Material yang digunakan adalah plastik lembut. Ia mempunyai pelbagai imej dan warna dan melambangkan penyatuan, ‘Self of belonging’. Selain itu, ia berfungsi sebagai ‘cermin’ peribadi si pemain.

       

      No comments:

      Post a Comment