Simbolik dan Ekspresif
Teknologi juga memberi penekanan kepada fungsi simbolik dan ekspresif. Dari segi nilai simbolik, ia juga dapat dinilai sebagai lambang sosial; individu itu mempunyai peralatan yang bermutu tinggi terutama dari segi bahan dan kehalusan buatannya serta merupakan golongan yang berkemampuan dari segi kewangan. Segi ekspresif, kedudukan teknologi itu mempunyai mutu yang tinggi, memfokuskan kepada keindahan, kecantikan dan kehalusan teknologi tersebut.
Simbolik
Segi pemakaian Minyak dan Bateri:
Penggunaan minyak dalam teknologi ini ditafsirkan sebagai pengguna yang bertaraf profesional dan mempunyai kewangan yang stabil. Ini kerana harga minyak yang mahal. Penggunaan minyak juga dapat ditafsirkan bahawa pengguna itu ingin mencapai kelajuan maksima dan sukakan cabaran
Ekspresif
Jenis badan, Warna dan Pelekat ("sticker")
Jenis badan kereta dapat dinilai melalui jenis badan kereta seperti pemakaian model terbaru dan edisi terhad yang sukar didapati dipasaran. Selain itu, antara warna-warna yang sering menjadi pilihan adalah warna 3 dimensi (3D), warna ‘Metallic’ dan ‘dull’. Pelekat yang terbaru ialah pelekat ‘Carbon Fibre’ yang semakin mendapat sambutan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment