Komuniti Alat Radio Kawalan Jauh

Kewujudan teknologi kereta radio kawalan jauh secara langsung mewujudkan beberapa komuniti. Secara umum, komuniti ini terbahagi kepada dua; komuniti penjual dan komuniti pemain. Penjual memainkan peranan sebagai pembekal besar kepada pemain. Namun, komuniti yang menjadi tumpuan besar adalah komuniti pemain. Pada Oktober 2012, kami melakukan kajian lapangan dengan berjumpa dengan beberapa ahli komuniti. Temuramah dijalankan selama beberapa hari kerana kami juga diundang untuk menyaksikan kejohanan kereta radio kawalan jauh.


PEMKAR adalah komuniti berdaftar dan ditubukan pada 17 Mac 1998/ 18 Zulkaedah 1418H iaitu sudah mencapai 13 tahun. Ia mula ditubuhkan oleh Awang Hj Matnarudin b. Ibrahim/ Hj Superto b. Suaji.
Kelab ini meraih beberapa kemenangan di dalam dan juga luar negara seperti Kuala Lumpur, Surabaya, Miri, Thailand dan juga lain-lain. Selain itu, mereka juga ada mengadakan aktiviti tahunan; Brunei PEMKAR Series, Perlumbaan Sempena Hari Kebangsaan, Perlumbaan Sempena Hari Ulang Tahun Kebawah Duli dan Perlawanan Hujung Tahun. Secara tidak langsung, hubungan persahabatan tercipta di luar dan dalam negara.


Ahli-ahli komuniti ini terbahagi kepada tiga; Aktif, semi-aktif dan non-aktif. Ahli yang aktif selalunya akan berkumpul setiap hari, pada masa yang sama. Para pengguna kereta radio kawalan 'drift' akan berkumpul di Tungku Link, di atas jalan rata berdekatan tempat meletak kereta atau di Kawasan letak kereta, Stadium Berakas. 'Buggy' pula dimainkan juga di Tungku Link, berdepanan dengan bank BIBD.
 


Menurut Mohd Khalid, salah seorang ahli PEMKAR, mereka selalu mengadakan perkumpulan setiap hari iaitu pada sebelah petang seawal jam 2 petang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti, perlawanan persahabatan, latihan dan lain-lain lagi. Trek yang sama juga digunakan oleh komuniti helikopter radio kawalan jauh.
                   

No comments:

Post a Comment